Friday, April 29, 2011

TIPS MENGURANGKAN KEMARAHAN


 

Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi, zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.

Salah satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.

Cubalah berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah yang teramat.


/*Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya melukis, menulis dan lain-laintapi jangan pula ambil kesempatan sehingga mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.
FIKIRLA .....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !